Jalan-jalan ke Kuching, Sarawak - Delayed

, , 4 comments
Okeh, meh sambung. Bukan setakat post je delayed, flight ke Kuching harituh pun delayed! 3 jam pulak tuh, dah lepas imigresen seme barulah khabaq delay, huhu sabo jelah. Habis plan berjalan pun dirombak gitu. Nak buat macamana kan, nasib...



Pukul 3 petang barulah kitorang sampai ke Kuching. Ada adik kawan yang ngambik. Kitorang sewa kereta dari dia je, dan dia jadi driver haa kan senang tuh. Sampai2 perut pun udah kelaparan jadi haruslah mencari makanan dulu kan. Hmmm the downside of having a driver nih, kita langsung tak amik port lokasi kedai tuh hahah aduyai. So nama kedai tuh lupa! Mentang2 lah terus dibawa ke kedai tinggal order dan makan je kan.

Anyways, kitorang makan mee kolok. Wajiblah datang ke Kuching nih kenalah makan makanan specialty dia kan. Depan kedai tuh ada pisang goreng cheese yang memang marbeles sodap!




Orait, perut pun dah berisi, makanya, jum jalan. Plan asal nak ke Semengoh Orang Utan Sanctuary tapi, dah flight delay, tak sempat lah kan. sob sob. So kita ke Fort Margherita.




Fort nih dengan Waterfront tuh dekat2 je. Depan Fort nih pulak ada macam Old Courthouse yang dibina pada zaman Brooke dulu. Pernah function as information center, sekarang jadi macam cafe hipster. Cantik untuk ambik2 gambar. Cake dia pun nampak menarik sangat,






Dah habis berjalan, maka jumlah check in dulu. Kami menginap di Dormani Hotel. Oklah bilik dia just nice la kut, rate dia pun reasonable, dekat dengan kedai2 makan dan juga berhampiran waterfront. Boleh usha di: http://www.dormanihotel.com/

To be continued...

4 comments:

  1. 3 jam? Hadoiiii lama kot penah kena delay flight jb kd kl tp setengah jam je tu pin dha mati kutu tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn memang terseksa rasa huhuu sabo jelah

      Delete
  2. Pesal yg lain tu muka emoji ��

    ReplyDelete