Travel Tips - Semasa dalam perjalanan / During travel

, , 1 comment
Ok, jika sebelum ni ada diberikan beberapa tips sebelum memulakan perjalanan dan travel anda, sekarang aku nak share beberapa tips semasa berjalan :



1. Have confidence. Ini pesanan untuk self-plan traveller. Kena yakin je.Jangan nampak menggelabah sangat walaupun sesat. Don’t be too afraid, sesat sikit tuh normallah.Cuba tanya orang di sekeliling nanti adalah yang tolong.

2. Have fun. Kadangkala kita penat/stress sebab sesat/ cuaca tak berapa baik tapi ingat untuk have fun. Dah sampai tempat jauh-jauh kan. Make the most out of it. Enjoy!

3. Sabar. Memang kadangkala ada kejadian yang berlaku di luar kawalan kita, ramai orang, kena beratur panjang,kalau yang ada anak, anak moody, menangis  jadi perlu banyak-banyak bersabar. Oh yes, and did I mention keadaan dalam flight? Chit-chatters, baby crying, snoring etc. Sabar

4. Bahagikan duit dan simpan di tempat berasingan – dalam beg, poket/kasut, tudung (for girls lah kan)

5. Ringankan mulut untuk bertanya. Ini merupakan sesuatu yang saya sendiri sukar untuk lakukan tetapi bila fikir balik sangatlah rugi jika anda tidak ringankan mulut untuk bertanya. Contohnya semasa saya pergi ke Disneyland dan Shibuya yang kebetulannya ada Halloween celebration dan golongan muda-mudi dress-up dengan pelbagai gaya, tetapi  saya segan untuk merakamkan gelagat mereka, apatah lagi untuk bergambar dengan mereka. Sayang. Semasa berkunjung ke Meiji Shrine pula ada pesta untuk kanak-kanak di mana mereka memakai kimono. Comel sangat, tetapi sayangnya saya tak dapat capture moment tu sebab segan nak approach the kids and their parents. Dan satu lagi jika jumpa rakan senegara tuh (duh of courselah boleh kenal kan orang Malaysia) senyum-seyumlah dan bertegur-sapalah ya. So lesson learned, jangan segan, ringankan mulut anda!

6. Berani untuk cuba sesuatu yang baharu. Dah sampai ke tempat orang, mestilah kena selami budaya dan makanan yang berbeza walaupun agak pelik kenalah cuba,  asalkan tak bertentangan dengan larangan agama dan adat kita.

7. Be cautious. Bila berada di negara orang, anda perlu cakna dengan persekitaran anda dan jangan mudah distracted. Sedangkan di Europe pun banyak pick-pockets.

8. Ambil gambar banyak-banyak! Hehe yang ni kalau dah memang suka bergambar, tak perlu dipesan pun dah tahu dah. Gambar tuh penting as memory keepsake. Kebarangkalian kita dah tak pergi dah tempat tuh kan, so walaupun malas, penat macamana pun, stress macamanapun, gambar mesti kena ambil. Smile and cheese!

9. Collect as much memorabilia yang boleh. Macam tiket,peta, brochure, postcards untuk dijadikan travel journal bila balik nanti.

10. Belilah cenderamata. Sikit pun jadilah sebagai kenangan.

Ok. Nantikan bahagian terakhir, tips selepas travel :)

TO BE CONTINUED...

Travel tips- Sebelum memulakan perjalanan (Bahagian I)
Travel tips - Sebelum memulakan perjalanan (Bahagian II)

1 comment:

  1. YES!!! semua 1 tips ni sis JM buat jika travel....

    ReplyDelete