Bila belek-belek balik blog nih baru perasan cerita kat Singapore tuh belum ditamatkan lagi rupanya hahah. So nilah dia penamatnya - Gardens by the Bay. Taman dalam bandar gitu konsepnya. Tak sah kalau ke Singapura kalau tak pegi tempat nih. Naik MRT dan berhenti di station Bayfront. Tempat ni boleh tahan jugak besarnya, dan kalau boleh spend time untuk tengok waktu siang dia & juga waktu malam sebab bila malam, ada persembahan lampu berirama memang cantik.

Malangnya harituh aku sampai dah lambat sikit, tak sempat nak explore the whole place. Walaupun malam hari biasa, tetap ramai orang. Dari sini view Marina Bay cantik.

Kalau tak salah ada 2 kali persembahan lampu berirama tuh. pukul 8 dengan 8.45. Jangan miss tau. Meh nengok gambar2 yamg diambik:





Kadang-kadang tempat yang dekat2 tuh yang kita belum jejak betul dak? Hehe. Maka terjadilah trip hujung minggu nih harituh. Jugra nih kalau ikut sejarahnya, merupakan pusat pemerintahan Selangor sebab kedudukannya yang strategik. Tempat first yang diserbu adalah Bukit Jugra.





Dari sini, boleh nampak selat Melaka kalau hari cerah. Ada aktiviti paragliding, tapi agaknya sebab hujan takdelah pulak orang nak paraglide. 

Tempat bersejarah yang seterusnya adalah Istana Bandar atau Istana Alaeddin. Mula-mula ingat tutup nasib baik bukak, memang kitorang je pengunjung time tuh. Senibina istana nih menarik. Ada influence dari China, India dan Timur Tengah jugak. Bagus inisiatif untuk preserve tempat2 bersejarah macam nih.







Dah lapar makanya kenalah cari tempat makan. Kat area nih ramai orang Jawa kan, jadi kat bandar Banting tuh restoran nasi penyet memang banyak. Kitorang pun ngaplah kat satu kedai nih. Nama kedai lupa ;P



Dan lepas tuh ke Pantai Morib tengok sunset. Ingat nak singgah jeti Pantai Kelanang, tapi tak sempat


Jadi, tuhlah weekend trip. Oklah untuk santai, release stress, spend time with family & friends :)
Hai singgah je ke? Singgah jelah, kebetulan ada kenduri kazen di Penang, makanya kita singgah la kejap ke Ipoh. Nak merayau ke Penang tak larat nak mengadap jem bagai time cuti sekolah kan. So we decided singgah Ipoh yang telah disenaraikan oleh Lonely Planet dalam list “Best in Asia” (https://www.lonelyplanet.com/best-in-asia )

So what can you do if you only have 2 hours in Ipoh? First, kena cari tempat makanlah kan. Ipoh nih macam2 tempat makan ada dari high end, hipster ke gerai, yang penting sedap! Search punya search kitorang try Restoran Simpang Tiga yang menghidangkan makanan ala Padang. Ramai juga orang, tapi still dapat je meja. Order makan dia lauk2 style Padang. Sedap & rasa authentic macam kat Indonesia. Harga oklah, a bit pricey tapi berbaloi dengan rasanya.




Dah makan, kita menuju ke street art yang terletak di Jalan Sultan Iskandar. Ada beberapa lagi port, tapi kitorang pergi yang sini untuk bergambar.






Hujung jalan nih, ada satu masjid lama iaitu Masjid Panglima Kinta yang dibina pada 1898. Unik binaannya. Masjid ni masjid yang pertama di Ipoh.



Selesai solat, maka geraklah balik ke KL sementara jalan masih belum jem hehe. Will surely come again here, banyak lagi belum explore kat Ipoh ni. Yang pastinya Ipoh bukanlah satu destinasi singgahan semata
Selamat Tahun Baru 2017! Pejam celik dah tahun baru. Macam kejap je kan? Another year, new plans, new ambition, new resolution harapnya. Plan2 travel pun ada dah, harapnya menjadilah kan.


Tahun 2017 nih dengarnya lebih mencabar dengan keadaan ekonomi pun kurang memberangsangkan. Tapi kena teruskan juga.

Tahun 2016 for me agak productive, belajar menjahit (still on going). Blouse fishtail tuh my latest hasil kerja. Banyak lagi perlu improve hee.


, berkebun tak menjadi sangat, give up lepas pokok2 mati tapi sekarang dah tau bukan senang nak menanam, jadi tak perlu nak komplen2 lebih harga sayur & buah hehe dan lebih menghargai usaha petani nih, went to seminars and conferences dalam beberapa bidang esp kewangan & pelaburan,




went solo travelling overseas for the first time,

berjaya konsisten juga bawa bekal ke opis





Cuba2 juga untuk menulis jadi, I wrote a few articles for vocket :


So all in all it was a good year J

Untuk  next year, harap dapat pertingkatkan lagi diri insyaAllah. Memang blog nih bagus in terms of kita boleh keep track of our achievements. Jangan lupa tuliskan azam2 tuh, supaya nampak di mata baru semangat nak capai. Chaiyookk!!! Fighting!!
Alhamdulillah berpeluang untuk ke conference nih yang diadakan pada 8-9 Disember yang lalu di KLCC. Conference nih yang dianjurkan oleh Ministry of Finance dengan kerjasama beberapa badan lain seperti MAGIC,     telah menghimpunkan ramai speakers dari dalam dan luar negara untuk berkongsi ilmu mengenai keusahawanan. Actually dia pecahkan kepada beberapa sector macam education, green tech, social entreprise dll. Perasmian telah dilakukan oleh YB Perdana Menteri.
Personally banyak benda yang telah dipelajari especially untuk sesiapa yang baru nak startup bisnes. Perkembangan dunia bisnes pun banyak yang dah berubah dengan adanya teknologi. Oklah malas nak cakap banyak meh layan je gambar2 yang mana dan nak ambik.







Hmm..before tamat, just nak tanya, I’m an introvert(I think hahah) so susah sikitlah nak berborak2 nih but managed la jugak untuk tukar2 kad dan berkenalan seadanya. So soalannya, macamana nak teruskan & maintain the network? Takkan nak email, mesej hari2 kan? Kalau ada yang boleh jawab komen k






Ok jadi cuti hujung minggu yang panjang hari tuh sempat ke MAHA dan Big Bad Wolf. Ramainyalah orang kat MAHA. Pagi2 pun orang dah beratur nak parking dan naik bas. MAHA memang besar yang amat. Dari kawasan padi, ikan, penternakan, bunga, buah, dewan2, serius tak habis pun round semua tempat. Kagum tengok parents bawak anak2 kecik. Nak2 lagi kadang panas, kadang hujan, maybe kena pergi tempat yang spesifik kut, macam Kampung Upin Ipin tu oklah, sebab indoor. Jadi malaslah nak cerita banyak, kita tengok gambar jelah eh







Basically event 2 tahun sekali nih memang menjadi tarikan pengunjung untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai pertanian yang menjadi asas kepada makanan negara sesuailah dengan moto MAHA pada tahun ni : Our food, Our future


Selain ke MAHA, sempat la jugak menjenguk Big Bad Wolf. BBW nih event jualan buku yang diadakan setiap tahun. Tak pernah miss tau event nih. Dari yang first, sampai la nih. Dulu2 dia jual buku English je, tapi sekarang BM, Mandarin pun ada. Buku2 budak2 pun banyak dan harganya amatlah murah jika dibandingkan tempat lain. Kali nih perasan harga buku mostly RM10-RM15 agak pricey, sebab dulu2 RM8-RM10, TAPI ada banyak buku2 terbitan baru (2014/2015). 




Sempat lagi nak pergi sebab event nih till 19/12 and it is 24 hours! Tempat makan pun ada dah hah beli2 buku lepas tuh boleh lepak ngopi ke makan2 ke. Sila serbu!
Alright, lama benar rehatnya. Busy lately heee alasan standard kan? Nyampah dengar. Ok, jadi jum teruskan dengan Part 2 untuk Singapore. After dah makan2 tuh plan nak ke Merlion Park. Tak sah kalau ke Singapore tak pergi tempat nih kan. Dari stesyen Bugis tuh, sila naik Metro sampai ke Raffles Place. Cara aku follow exit G, menuju ke UOB Tower. Nih underground route, bila dah keluar dari situ barulah belok kanan menuju ke area riverside. Sini pun meriah jugak. Port lepak2, dating, jogging etc.





Jalan straight je, nanti lalu Fullerton Hotel, terus lagi sampai jumpa jalan besar. Kena lintas jalan nih menuju ke One Fullerton. Tunggu traffic light ok, jangan lintas sesuka hati, maunya kena denda nanti huhu.

Bila dah lintas, turun je tangga ke bawah dah sampai! Senang je, dari Metro tuh around 10 minit gitu. Tapi aku lama sikitlah duk ambik2 gambar lah bagai dulu hahah. So jumlah tengok2 gambar yang aku snap. Guna camera phone ja pun.




To be continued...