Bangun2 pagi tengok kat luar, cuaca cerah! Alhamdulillah. Yelah ada sehari nih je lagi untuk merayau kat Busan nih. Pagi2 lepas bersiap, turun breakfast dulu dengan geng2 travel semalam. Hari ni mereka akan gerak ke Jeju. Hmm kalau kenal awal2 bolehlah plan ke Jeju jugak kan. Anyways, hari ni plannya ke Gamcheon. Kalau dari Woori, jalan je sampai bus stop dan tunggu bas kat situ. Bayaran tiket 1500W. Kalau ada apa2 keraguan & persoalan tanya je staf GH nih, baik, peramah & boleh cakap English.

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 15 minit je. On the way tuh pun view dia best. Macam dekat Greece sebab banyak rumah2 di tepi2 pinggir tebing bukit macam tuh kan. No wonder tempat nih juga dikenali sebagai Santorini of the East. Tempat ni memang untuk art lover. And I think it’s either you love it or hate it. Kena banyak berjalan nak explore tempat ni. Nasib a few weeks dah ada jogging, hiking sikit2.

Bak Lego 

Bila dah sampai, belilah map dia. Senang sikit nak explore. Tengah2 beli map terpandang sorang minah saleh. Dia pun sorang jugak. Jadi tegur jelah tanya ada any plans tuh explore this place. Nak pergi sekali tak? Dia pun ok je jadi kitorang pun jalanlah sekali. Nama dia Anna daripada Finland. Umur around 20s dan dia dah biasa backpacking solo since 18 years old, segan pula kita yang dah umur veteran nih baru nak start solo travel . Bila tanya kerja apa, dia kerja barista. Heee kalau kat sini mampu ko rasa barista nak travel2 nih? Adalah suggest a few places kalau dia mai Malaysia nih kan. Haruslah jadi duta tourism Malaysia, tak gitu?

                                                                           Fishy



We spent around 2 hours jugak berjalan2 kat sini. Aku pun takdelah artsy sangat, tapi mural2 dia cantik & ada banyak port2 untuk bergambar. Dahlah rumah2 dia pun colourful, macam lego je. So all in all tempat nih best untuk mereka2 yang suka jalan, explore, suka arts & view. 

Anna, penyegan nak ambik gambo
Muah ciked
Ikan lagi


To Be Continued...



Dah namanya kalau naik flight tuh mesti ada a few things yang buat kita piss off atau paling tak annoyed. Kadang-kadang orang lupa yang dia ada dalam kawasan awam, jadi have to give & take, belajar untuk berkompromi. Jadi, inilah perkara-perkara annoying menurut pandangan aku:

1. Berebut-rebut & beratur awal gila untuk masuk kabin
Zaman Airasia takde seating dah berlalu, pun masih lagi nak berebut masuk kabin bagai tiada esok bagimu . Nak berebut ruang simpanan pulak haha. Ada sekali tuh, kapal tuh baru sampai, penumpang & luggage belum keluar lagi dah berebut beratur. Come on, mesti adanya ruang, dan kalau takde pun, nanti steward akan tolong organisekan compartment tuh. Chillax sudah. Kalau risau sangat sila check in segala luggage tuh siap2 kan senang.

2. Berebut-rebut untuk keluar dari kabin.
Yang nih lagi pelik banding yang kat atas. Just ikut giliran dan keluar. Tak perlu kecoh2, dengan signal seatbelt still on dah menggelabah nak keluar tuh dah kenapa? Pintu tuh tak bukak pun lagi.

3.Borak tak ingat dunia
Tau excited, tapi tak perlulah berborak sampai semua dalam kapal tuh boleh dengar.

4.Recline seat sebelum take off & landing
Gaya macam dah selalu fly, tak perlulah steward berkali-kali remind naikkan seat tuh. Tunggu take off baru turunkan seat, faham?

5.Goyangkan kerusi/ sepak2 kerusi/tarik2 kerusi orang lain
Tak payah explain kut, grrrr….

6.Body odour, mouth odour, feet odour eewwwww
Kita semua terperangkap dalam ruang yang sempit. Kadangkala flight tuh lama, jadi please be awarelah dengan bau2 yang tak sepatutnya tuh. Jangan makan makanan berbau before flight, jangan buka2 kasut yang bau kepam tuh please….

Tuhlah kut antara yang annoying. Uol pulak macamana? huhu
Balik dari berjalan-jalan di Taejongdae, haruslah kelaparan kan. Jadi, kitorang berpakat-pakat nak cari restoran seafood di area Jagalchi Market. Jagalchi Market ni memang pasar yang famous di Busan. Terdapat banyak seafood dan juga restoran di bahagian atas. Tapi after usha2 macam takde yang menarik.

Jadi, kitorang rayau2 pulak bahagian luar market. Kat sini pun ada banyak restoran seafood. 2 kawan baru nih pandai kecek hangul hehe senang nak tanya especially bab2 makanan ni kan. Then, kami pun jumpalah restoran nih tapi lupa nak snap gambar, nama dia pun lupa huhu. Yang pastinya owner dia tau cakap “Murah, murah”

Kami order ikan bakar & seafood stew sekali dengan semua banchan atau side dishes dia tuh. Ambik! penuh satu meja. Ikan bakar dia sedap, stew dia pun sedap, banchan dia pun sedap heee clear makanan maklum jelah lapar time hujan2 tuh. Harga 20000W per pax.  Jangan gatal2 nak convert ok, pejam mata & bayar.





After makan, ingat nak merayau tapi, hujan, jadi kami decide untuk ke mall je. Lotte Mall. Jalan kaki je dari Jagalchi. Mall dia standard mall lah kan, tapi yang special ada air terjun berirama dan air dia tuh terjun dari siling ok.


Pulang ke guesthouse dengan baju dan kasut yang lencun. Pengalaman mengeringkan kasut dengan hair dryer memang epic hahah. Hujan masih turun dengan lebatnya. Adakah esok masih hujan?
This topic just came about as I was thinking about the mistakes or wrongdoings that I have done. The moment where you are scolded because you did something wrong although you did try your best, heck it was your first try anyways, but no, people are more result oriented. So if you do something wrong, most of the time you will be penalized in a certain way. Sometimes, even if people say
“ That’s a waste of time” or  “Don’t you have anything better to do” even those words can make you feel a bit down.

People ignore the fact that human learn from their mistakes. It is said that Thomas Alva Edison tried 1000 times before he came out with his ever so famous invention, the light bulb. There is only one way that you will never fail and never make mistake and that is by not doing anything, by not trying a new thing, by not pushing yourself to a certain limit, by doing the same routine.
As we get older, we don’t embrace change easily, we fear new things, and we want stability and comfort. When I continued my studies, I remembered how nervous I was sitting for the exams and taking tests. Beats SPM, Matrix & Degree for sure haha.

One of the main reason is because we care much about the perception of others. We feel embarrassed when people point out our mistakes. I feel the same way too. And it gets worst if the perceptions come from the people that we already know. I rather embarrass myself in front of complete strangers then in front of family members/friends/colleague.


So sometimes what I do is I turn to social media. I join certain groups that can benefit, encourage me and share new knowledge. Try to find new friends who have similar interest, so in that way, they won’t ridicule you! So for those out there trying new things, reach out for those who can give you a hand & support you and mute the negative sounds around you.


Selamat Hari Raya! Macamana raya mesti meriah kan? Kampung kat mana? Mine di Kuala Lipis. Yup, kampung Datuk Siti Nurhaliza tuh heheh

Both parents asal Kuala Lipis. Senang urusan balik kampung setiap tahun. Walau aki & wan dah takde, tapi still balik jumpa sedara mara.


Lepas balik Solat Sunat Aidilfitri pergi melawat sungai tempat mandi zaman kanak-kanak dulu. Air cetek tuh lama tak hujan, tapi nampak deras jugak.


Haruslah posing OOTD raya kan? Actually tahun nih antara tahun paling jimat beli pakaian raya dengan total cost tak sampai RM100 hahah


Bangga tahun nih berjaya jahit baju raya sendiri. Yang top tuh ala2 kurung mini la macam tuh. Takdelah beria tapi oklah kut. Kain tuh dah lama beli tak berjahit. Skirt tuh beli sebab masih fail jahit skirt, padahal skirt tuh senang je kut sekali jahit singkat, dah malas nak alter2 dah heheh. Jadi kesimpulannya, skill jahit menjahit yang ada sikit2 nih sangatlah bermanfaat. Baru start awal tahun, insyaAllah akan dipertingkatkan lagi supaya lebih mahir.

Oklah anyways, selamat hari raya, maaf zahir batin :)
Ok, hari nih nak balik ke Busan. Harituh masa sampai Seoul Station pergi kaunter tanya nak beli tiket KTX ke Busan. Yang available pukul 10.30 je. Lagi awal takdak. Jadi terpaksalah ambik jugak. Harga sama 59000W. Memang ada option lain yang lebih murah, naik bas, atau Mugunghwa train. Tapi 1, time always comes first. Naik bas 5 jam oi. Lama. Nak naik Mugunghwa night train boleh kalau ada geng travel buddy. Sebab pergi sorang, rasanya better travel time siang lebih selamat kan.

                                                               Sampai dah ke Busan!

Orait jadi pukul 1 gitu dah sampai ke Busan. Cuaca agak mendung. Makan roti as lunch, then naik subway untuk ke guest house. Woori Guesthouse menjadi pilihan sebab berhampiran dengan Jagalchi station, kiranya tengah2 bandar jugaklah, bersih, good reviews & harga yang reasonable. Rate dia 45000W (around RM155) untuk 2 malam (bilik single with ensuite bathroom). Ok sangat kan? ni rate yang Booking.com bagi & ada discount for Genius.

                                                                    Bilik di Woori GH

Bila check in tuh, 2 org Malaysia tegur. Diorang pun stay situ. Ajak terus pergi Taejongdae. Actually plan Taejongdae esok, tapi dah ada geng, apa lagi ikutlah sekali. Yeah dah jumpa travel buddy. Baik tau ajak kita jalan2 sekali heee. Ok kalau nak ke Taejongdae nih, dari Woori GH, senang je, Jalan depan sikit ada bus stop. Tunggu je kat situ ambik bas #8. Fare dia tak salah 1000W. Turun kat Taejongdae station. Tak jauh, 30 minit dah sampai.

                                                                         Jum jalan

Area Taejongdae nih macam kawasan persisiran laut gitu. Time sampai hujan renyai2. Nak explore tempat ni, jalan kaki yang best sebab boleh menikmati pemandangan. Ada option untuk naik Danubi Train yang akan stop di certain2 point.

                                                                     Danubi Train


Hujan pun tetap ke pose
                                                              New friends yeah!

Awesome view. Ada area makcik2 menjual seafood tapi kena menapak turun sikit. Sekali rupanya ada jeti sekali. Boleh naik feri untuk balik ke entrance. Harga 10000W. Time naik feri nih ombak kuat jugak. Dia bawak pusing2 area Taejongdae then barulah sampai ke entrance. Nak balik ke Jagalchi, naik bas yang sama ok.

Gerai seafood

                                                                              Dalam feri


TO BE CONTINUED...

Ok, jadi harini bermula agak lewat hehe. Rasa macam malas nak keluar awal. Kalau keluar before 10 sejuk lagi kat luar. Around 10-12 degrees. Jadi around 10.30 baru bermula harini. First destination adalah Ewha Women’s University atau lebih dikenali kat sini dengan nama Edae.  Best jugak kan ada University khas untuk wanita. Sebab apa? Sebab area tuh jugak merupakan port shopping yang best haha (macam la banyak sangat menda nak shopping)

Untuk ke Edae ni senang je, turun kat Ewha University station. Jalan straight je nanti sampailah pintu masuk dia. Universiti nih university wanita terbesar di dunia! Senibina arkitek dia memang menarik. Jalan-jalan usha surrounding dia. Ramai jugak students2 lelaki datang dengan harapan dapat jumpa aweks-aweks cun le tuh heheh.







Then kita nyopping la kan. Macam2 benda boleh shop kat sini. Dari cosmetics, baju, handbag, kasut. Janji ada duit kan. Cosmetics macam takdelah beza dengan kat Myeondong, sebab kedai2 nya pun sama. Tapi kalau baju2 tuh memang best shopping kat Edae ni. Banyak butik2 baju yang murah tapi quite trendy. Cumanya baju dia mengikut musim. Make sure ada cop “Made in Korea” baru berbaloi beli heee. Range harga dalam 10000W-20000W.

Petang-malam ingat nak rayau Myeondong pulak. Cari streetfood. Ada makanan2 yang boleh dimakan macam kebab, bungeoppang berinti kacang merah (sedap serious!), strawberry mochi, gyeran bbang (egg bread) dan hotteok. Sorry gambar tak banyak sedap leka melantak haha. Bukan seme makan kat situ, ada yang tapau makan kat bilik heheh.






Malam tuh, since malam terakhir di Seoul, ingat nak singgah DDP (Dongdaemun Design Plaza). DDP nih shopping complex cum exhibition centre designed by Zaha Hadid. Design dia macam UFO! Kalau malam-malam boleh tengok LED rose bergemerlapan gitu hehe.









Orait that’s a wrap untuk harini. Esoknya nak ke Busan!