Ayat standard berbanding biasa hehe. Ini adalah catatan pelajaran dari kembara solo saya yang pertama. Maybe boleh inspire ataupun boleh ambil as tips untuk yang nak start solo travelling :)
1. Masanya adalah sekarang
1. Masanya adalah sekarang
Sebenarnya takdelah nak sangat solo travel,
tak pernah pun solo travel. But tiket flight memang dah murah RM600 return
& kebetulan masa spring. Dah lama teringin nak tengok cherry blossom secara
live. So takkan nak tunggu musim tuh berlalu? Nak tunggu ada orang yang free?
Bila tuh? Jadi saya buat keputusan untuk redah solo. Kesimpulannya, kalau dah rasa everything macam aligned je tuh just go!
2. Mengembara solo bukan bermakna anda keseorangan
Yang ini memang betul sangat. Sepanjang
trip jumpa je fellow travellers & local yang baik hati. Join mereka sekali
untuk berjalan & makan sama-sama. Berkongsi tips & pengalaman. Walaupun
ada masanya rasa sedikit sunyi, tapi most of the time, ada je companion untuk
menemani anda. Inilah masanya untuk bertemu rakan-rakan baru. Rajinkan diri
untuk membuka mulut.
3. Knowledge is power
Sebelum travel, saya dah kaji semua route,
tempat yang saya nak pergi serta mod transportation yang saya perlu guna.
Kebanyakannya saya guna subway dan bas. Pastikan ada alamat hotel dalam bahasa
tempatan dan pelajari a few ayat dalam bahasa tempatan. Sekarang kan dah ada
Google Maps & Translate, forum dan blog pun banyak. Rajinkan diri untuk
research. Ada saya jumpa traveller yang jenis go with the flow dan tak plan sangat, tapi bagi yang ada masa & wang yang limited, better plan ahead
4. Tahap keyakinan diri dan keberanian akan
bertambah
Honestly saya ingat ramai orang Malaysia
yang solo travel. Tapi bila jumpa orang Malaysia lain, ramai yang travel dengan
kawan/family, jadi mereka rasa kagumlah orang yang dapat solo travel ni. Anda
akan belajar untuk rely on yourself, rajin untuk bertanya dan lebih berani.
5. Keselamatan diutamakan
Korea Selatan memang termasuk negara yang selamat untuk dilawati, tapi kita masih perlu ambil langkah-langkah keselamatan. Sentiasa peka dengan persekitaran anda,
pilih hostel dengan lokasi yang strategik (berhampiran subway misalnya) dan
jangan lupa lock pintu bilik dari dalam (bawa sendal pintu jika perlu, atau
ikat pintu dengan selendang bagi pintu yang takde lock dari dalam). Personally saya suka ambil bilik single dengan
bilik air ensuite. Satu lagi trust your instinct, know your limits dan dah tau
sorang2 janganlah pulak merambu sampai lewat malam kan hehe. Jangan lupa untuk
keep in touch dengan orang2 di kampung. Jangan lupa ambil travel insurance dan fotostet dokumen penting (passport, insurance policy, flight & hotel details).
6. Have fun!
Travel mengikut rentak kita memang lebih
selesa. Anda boleh pergi ke tempat yang anda mahu, spend time mengikut apa yang
kita mahu. Macam saya, saya suka tengok culture, view yang cantik, banyak
berjalan dan elakkan style touch & go, kalau boleh nak lah masa untuk
menghayati the view and place tuh kan. Kalau ikut tour memang kena follow
schedule & kehendak org lain. Jadi bila solo travel, kiranya macam ikut
suka kitalah nak plan trip tu macam mana, tuh yang best.






































