Jom sambung kisah di Kuching! I’m back, taking a short break hee.

After dah rehat2 kejap kat hotel, malam tuh kitorang pun keluar cari makanan. Lapo dah perut. So kitorang pergi area Kampung Boyan. Nak ke sini naik bot pun boleh dari area Waterfront tuh, tapi kitorang kan ada orang drivekan ke sini :)




Pusing2, Restoran My Village Barok menjadi pilihan.



Sini makan seafood dah siap ada set. Set udang, kekapis (scallop), sotong & untuk yang tak makan seafood(rugi weh!) ada ayam bakar. Kitorang ambik set berlainan so bolehlah rasa2 kan plus midin belacan. Kat Kuching ni memang midin nih wajib order. Dia macam pucuk paku tapi lain sikit. Tak reti aih nak explain,p cuba sendiri ok.


The ambience, the food & service memang terbaik! Harga pun ok. Jadi kalau ke Kuching, mailah sini.

Then perut dah kenyang, kita serbu pulak Mira Cake House, tak jauh dari restoran dekat ja. Cakap jelah nak kek lapis style macamana, semua ada. Cheese, lumut, oreo, Cadbury heaven! Sini sesi testing2 je dulu, nak balik karang baru beli.

Esoknya, patut plan nak p Taman Negara Bako, tapi HUJAN. Sob sob, what to do redha dan pasrahlah nak. Kita tukarlah plan. Jadi kitorang shoot ke Cultural Village. Dulu dulu dah pergi dah tapi tu cerita duluuuu, more than 10 years back haha.

Apa yang ada dekat Cultural Village nih? Ada koleksi rumah dari pelbagai suku kaum yang ada di Sarawak ni. Rumah Iban, Bidayuh, Melanau, Penan semua ada. Jadi kalau dah ke sini, take your time, explore semua rumah. Hujan pun kita redah je hee. Actually bila time hujan ni, ada ambience lain, kalau pandai ambik gambar, photos can turn out nice. 







Dekat sini setiap hari ada persembahan kebudayaan. Jangan miss tau tengok. Ada pukul 11.30 and 3.30 tak salah. Ada tarian dari setiap suku kaum memang menarik. Maybe sebab kita duduk di Semenanjung, jadi tak nampak sangat kepelbagaian budaya tuh, tapi di Sarawak ni, kita boleh nampak the diversity.



Orait after dah habis tengok persembahan, still hujan…hmmm ke mana kita ni?