Esoknya, misi 1 day trip ke Mekong River. Pakej ni pun kami ambil dari hotel kami menginap iaitu Thanh Truong Hotel rasanya around 12-15USD . Pakej Muslim Mekong. Lunch pun included. Rasanya idaklah murah tapi sebabnya tak kuasa nak mencari kat tempat lain hehe jadi kita ambik jelah. Jadinya jum explore Mekong!

Sampan-sampan di Mekong

                                                   Tunggul kayu pun nak ambik gambar

Mekong river ni merupakan sungai yang merentasi Vietnam hinggalah ke China nun. Kalau ikut tour dari hotel nih, pukul 8 camtuh dia pickup kat hotel dengan bus dan dibawa menuju ke jeti. Agak jauh jugak journeynya tuh. After an hour ++ mcm tuh barulah kami tiba di jeti. Untuk tour ni, dia bawa singgah ke beberapa pulau di Mekong river. Macam-macam bendalah yang ada di setiap pulau tuh. Ada lebah madu, persembahan dan nyanyian, pembuatan candy kelapa.

                                                       Ok sape lagi cute? Me or this girl

                                                        Proses pembuatan coconut candy

                                                                   Buah-buahan. Ngap dulu

Naik kereta kuda pulak.Busuk ok



dan highlight dia of courselah naik sampan tuh kan.

                                             Selpi satu. Aunty I pun selpi jugok hahah

Dayung kak dayung

                                                   Boleh berlaga sampan kat sini tau


Oklah, touristy but what do you expect? Anggap je sambil-sambil kita menolong tambah pendapatan orang tempatan gitu, sebab nih antara sumber pendapatan penduduk tempatan dia . Kat setiap pulau tuh ada gerai-gerai untuk shopping barangan kraf handmade.

Then, untuk makan tengahari, bagi yang ambil muslim tour dibawa ke masjid untuk solat dan makan.



Kira oklah jugak food dia tuh. Yang tak ambil muslim tour ada option makan vegetarian.  Gerak pulanglah kita lepas tu.

Petang tuh plan untuk ke pos opis & cathedral. Architecture dia tuh yang menarik sebab rekabentuk ala perancis. Sampai-sampai dah nak dekat senja dah. Nasib belum tutup lagi. Sempat bergambar dan hantar postcard sekeping ke diri sendiri.

Haruslah pose sambil memakai tshirt Vietnam heheh

Malam tuh pergi makan pho di restaurant Amin. Memang sedap pho dia. Sup dia tuh hirup panas-panas memang best. And then sambung aktiviti shopping lagi hehe. Selagi tak habis duit dong, inilah kerjanya kan.

To be continued...

Jalan-jalan HCM Part1

Been thinking for a while to rename my blog. Sebabnya? Sebab pada tahun ni saya plan nak buat banyaakkkkkkk benda. As in I want to try new things hahah. Inilah akibatnya masa kecik-kecik dulu tak nak try new things kan? Seriously even until Uni pun sibuk study je, tak pernahnya nak join aktiviti koko. Bila dah kerja baru macam terdedah sikit. Minat travel pun datang sedikit sebanyak sebab during my first job, kat opis ada kelab kembara gitu hehe. So on the travelling side memang dah adalah plannya sedikit sebanyak for this year.

Selain dari tuh, jika before nih hobi sekadar membaca & tengok kdrama, ingat nak try to do something productive.  Before nih adalah masak & baking. Kira luluslah kut. Pun akan dishare jugak plus lately rajin bawak bekal/bento pergi opis so ingat nak share and document the recipes. Resipi yang ringkas2 untuk bekal konsepnya. Di samping menjimatkan (save duit untuk travel hahah) lebih sihat, halalan toiyyiban.

I also enjoy DIY. So macam nak try sewing. Sewing, actually after SPM ada jugak buat sikit2. Eh saya ambil ERT ok hahah malulah kalau dak reti sikit2 sewing tuh. Tapi ni nak try jahit yang advance sikit lah.

Dan lastly,  gardening (more to tanaman yang simple2 macam sayur). Gardening nih memang tak pernah try. So kita tengoklah tangan ni sejuk ke panas kata orang. Nantilah akan direkodkan dalam blog nih. Hopefully by the end of this year, kita dapat tengok ala-ala macam rekod book la ye berjaya ke idak dalam setiap aktiviti yang dicuba.Kita belajar, try buat, kalau tak berjaya cubalah lagi kan?

Kalau ikut banyak lagi benda lain nak buat - Belajar bahasa lain (Mandarin especially) and to learn martial arts (taekwando maybe?) tapi tuh nanti-nantilah ye kita try. So for the meantime, kita buat yang termampu dulu hehe.

Dengan ini diumumkan blog bertukar nama kepada
..
..
..
..
..
..

Drumroll

-Bilasarahberaksi-

#jangankecamsaya
#janganaksimacammacamsarah

#komampukenakbuatsemenih
Ok di hari kedua, after another marvelous breakfast oleh my friend's mum (pulut dgn ikan kering sedap ok!) kita pun bergeraklah ke Lembah Bujang yang terletak di Merbok. Kalau dari Alor Setar maybe around sejam lebih sikit. Apa yang ada kat Lembah Bujang ni? jom terjah.

Kat sini sebenarnya ada tinggalan candi-candi (temple) yang dianggarkan berusia lebih 2000 tahun, tinggalan kerajaan Hindu-Buddha dari tahun 110.






Jika nak buat perbandingan:

Candi Borobudur, Indonesia - sekitar 1000++ tahun
Angkor Wat, Cambodia- sekitar 1000 tahun
Pyramid of Giza, Egypt - 4000++ tahun
Stonehenge, Scotland - 4000++ tahun
Great wall of China - 2000++ tahun

Jangan tak tau kat negara kita nih antara pusat ketamadunan tertua di Asia Tenggara hehe. Nampak tak minat saya pada sejarah :)

Berhampiran dengan candi-candi ni ada Muzium di mana ada koleksi-koleksi penting hasil kajian disimpan. Namun, macam tak banyak info about the artifacts sebab takde artifact bertulis yang ditemui, macam batu bersurat ke tulisan dalam gua ke, hiroglif macam di Mesir. Maybe ada tapi yelah dah 2000++ tahun kalau tak dipahat memang lesap. Time nih terfikir pulak in another 2000 years, kalau bumi ni ada lagi dan ada penemuan pada zaman sekarang, agaknya apa yang dia jumpa? Dan kita pulak seme simpan data atas awan (cloud computing) kan, jadi macamana org zaman 2000 tahun akan datang nak tahu pasal orang zaman kita sekarang ni sebab mana ada dah orang pahat atas batu huhu

Ada banyak candi tapi sebab panas, kami pergi yang dekat-dekat je. Kawasan penemuan Lembah Bujang ni besar jugak sebenarnya.

Lepas habis bergambar bagai, kami pergi pula ke Gunung Jerai yang letaknya dalam setengah jam gitu dari Lembah Bujang. Jangan tak tau bahawasanya kita boleh drive sampai ke atas Gunung Jerai tuh ok. Actually saya sendiri pun baru tahu time tuh hahah jakun la kejap kan. Jalan dia oklah ala-ala jalan lama Cameron Highlands. Dari bawah ke atas dalam setengah jam.

Sampai atas angin sepoi-sepoi bahasa memang best nak ronda-ronda sini. Kat sini sebenarnya kawasan resort The Regency. Tapi orang awam boleh je nak berjalan & bergambar sini. Cantik juga ada bunga, pokok dan paling best view sawah padi dari atas gunung ni. memang best!






Kalau pagi-pagi atau malam sejuk jugak rasanya kat atas nih. Jadi kalau tak tau nak ke mana untuk cuti-cuti Malaysia, silalah ke Kedah. Ni pun sempat pergi tempat-tempat ni je, takpa next time kami p tempat lain pulak naaa.

Oh yeah! Akhirnya tamat jugak kisah Redang ni ye. Lama benar nak menghabiskannya hahah. Ok, jadi untuk part terakhir nih idaklah panjang sangat, sebab dah nak balik dah pun.

Pagi tuh after subuh saya ajak kawan saya untuk nengok sunrise kat pantai. Nak tengok semalamnya, tak larat so pagi ni gagahkan diri untuk ngusha sunrise. Langsung tak mengecewakan. Sunrise yang teramat cantik







Jangan mara haaa banyak benar gambonya. Guna camera cikai cap ayam pun takpa aih. #nofilter

Pagi tuh dihabiskan dengan  berjalan-jalan kat pantai menghabiskan sisa-sisa masa kat sini. Serious tak cukup 3H2M kat sini. Tapi nak buat camne kan. Anyways, lepas bersiap-siap, breakfast & kemas2 barang kami pun sambung fotoshoot sambil tunggu feri nak mai.




Tuh dia feri dah  mai. Sob sob next time kami mai lagi ok. Overall, Redang Lagoon ni recommended untuk traveller bajet. Untuk +-RM400 dapat accomodation yang ok, makanan pun ok. Snorkeling activity best & surrounding/ scenery yang awesome!

Redang Trip Part 1
Redang Trip Part 2
Redang Trip Part 3

Sempena cuti yang singkat minggu lalu, saya telah ke Kedah bertandang ke rumah kawan saya yang terletak di perkampungan dikelilingi sawah padi sekitar 30 minit dari Alor Setar. Gerak malam Jumaat drive slow-slow secara berjemaah dan berhenti rehat di beberapa R&R kami pun tiba subuh.

After rehat jap, isi perut dengan breakfast marvelous iaitu nasi lemak kuning air tangan my friend's mom, kami pun gerak explore bandar Alor Setar. Destinasi pertama kami adalah Menara Alor Setar yang menjadi landmark di sini. Entrance fee untuk ke observation deck adalah RM9. Dari atas boleh tengok view yang menarik. Nampaklah the whole Alor Setar dan kawasan sekitarnya. Cuaca sana pun panas lit lit, langit cerah maka view pun nampak clear.





Seterusnya kami ke rumah kelahiran Tun Dr Mahathir. Dekat je dari menara tuh. Masuk FOC. Rumah dia tak besar, tak kecik sedang je. Barangan peribadi beliau pun ada dipamerkan. Banyak benda boleh belajar kat sini. Tak habis explore tempat ni sebab pukul 5.00 dah tutup.




Kami singgah ke Masjid Al-Bukhary untuk solat. Memang macam dekat arab ok. Nasib baik takde unta je hehe. Keliling dia banyak tanam pokok kurma gitu





Petangnya kami ke Kuala Kedah untuk tengok sunset. Di area Kuala Kedah ni ada jeti nelayan dan pasar yang jual ikan fresh. Port yang cantik jugak untuk bergambar tapi kami tak menyingah. Kami decide untuk ke Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala for dinner. Tempatnya cantik, ada kolam ikan, ada jambatan yang connected dengan pantai. View sunset pun cantik. Tapi hujung minggu makanya ramai orang, makanan pun lambat sampai, makanya gambar makanan pun tak ambik sebab lapar! Makanan sedap jugak, cuma tuhlah lambat gila. Rasanya better reserve dulu kalau weekends ok






To be continued... 


Walaupun dah setahun lebih berlalu, still nak jugak blogkan kisah di Ho Chi Minh nih supaya tak lupa dan ada backup bergambar. Dulu-dulu banyak gambar travel hilang dek hardisk corrupt huhu.

                                                          Awan gemawan wajib ambik


Trip nih pergi dengan my mum, adik-adik dan juga aunty. My mum dah pergi a few times dengan kawan-kawan dia, makanya dah tau sikit2 jalan2 kat sana so senanglah nak merayap kat sana hehe. Pergi time tuh bulan 12 2014. Flight ticket idaklah murah kalau dah namanya school holiday kan? Hotel as usual book through Booking.com. Kami pilih Thanh Truong hotel(http://www.thanhtruonghotel.com/) yang letaknya berhampiran dengan Pasar Ben Thanh. Book through Booking.com (kami ambil bilik family dan standard room. Rate ingat lupa tapi kalau tak salah around 150 gitu per night) P/s: Family room ada spa bathtub huhu

Terletak selang beberapa buah dengan Pink Saigon yang ramai orang Malaysia duduk tuh. Lokasi memang ok sangat, berhampiran Ben Thanh of koslah nak shopping senang. Staff friendly yang penting bersih dan harga pun affordable.  Sangat recommended!






                                         (Gambar dari http://www.thanhtruonghotel.com)

Naik flight dari KLIA, dalam sejam setengah sampailah ke HCM. After ambil luggage semua, kami pergi mencari teksi untuk ke town. Yang guna meter teksi Vinasun atau Mai Linh. Ada sorang brother nih beria dia tunjuk kad vinusun dia. So kami pun followlah, sekali tengok bukan van vinasun. Reject. Jalan depan sikit, baru nampak kaunter van vinasun. Dari airport ke hotel dalam 30 minit, tambang 160000 dong. 





                                      Gambar sepanjang perjalanan ke hotel. Motor bersepah  hehe

Petang tuh after rehatkan badan kami cari kedai makan berhampiran. Bersepah-sepah jangan risau. Orang Malaysia pun ramai huhu. Tak ingat dah makan kat kedai yang mana satu. Lepas perut dah kenyang barulah best nak shopping! Ke Ben thanh market la kita. Tak beli sangat, usha2 harga dulu. 

 And then petang sikit kami pergi tengok water puppet show. Staff hotel yang bookkan. Actually senang sangat kalau nak jalan kat sini. Kita suruh je staf hotel book, setel. Dah jalan pun ramai-ramai dengan family nih memang mudah kalau dah ada yang tolong setelkan hehe. Tempat water puppet nih dekat je dengan hotel. Around 10 minit dah sampai. Kami ambil show pukul 6. Full house jugak. Memang show dia menarik. Dia tunjukkan kehidupan dan culture di Vietnam. Sape yang duduk row depan bakallah kena percikan air tuh haha. Dan bila last2 dia tunjuk back stage, baru tahu yang pemain puppet nih memang berendam dalam air rupanya untuk buat show tuh. 




Malamnya after makan, kami ke night market. Dia dekat2 area market jugak. Siang market kat dalam, malam dia pasang payung2 untuk night market. Macam2 benda ada. Sempat sambar beg Deuter cap Vietnam kaler pink satu huhuh. 

To be continued...